Rita Rudaini Buat #10yearschallenge Naik Gambar Bekas Suami


Kebelakangan ini ramai selebriti melakukan cabaran 10 Years Challenge di Instagram. Tidak ketinggalan, Rita Rudaini menyahut cabaran berkenaan dengan memuat naik gambar bekas suami, Aidil Zafuan 10 tahun lalu.

BACA: Sherry Ibrahim Bengang Difitnah Buat Muka

Menerusi Instagram, Rita menyahut cabaran peminat memuat naik gambar perbandingan gambar sekarang dan 10 tahun lalu. Namun apa yang menarik perhatian gambar Aidil berserta kepsyen sinis.

“Nak buat lagu mana, dah tahun 2009 tu gambar sistur masih ada suami, tak ada pula gambar sistur bujang. Nak tutup atau crop tak sampai hati sebab masih hidup. Tak apalah tak salah pun, kenangan 2009 tak boleh diubah dan dipadam”

“Jadikan sebagai satu perjalanan hidup yang penuh pengajaran dan kenangan. Amacam #10yearschallenge sistur? Banyak perubahan tak? Sama je kan. Dulu bertiga sekarang pun bertiga juga,” tulisnya lagi.

Rata-rata peminat geli hati melihat telatah Rita yang sering ‘mengusik’ bekas suami dengan kepsyen-kepsyen sinis. Bagi Rita pula, tidak salah memuat naik gambar bekas suami, apa pula kata anda? (rtky/w)