Malaysia
Kebiasaannya rata-rata mereka yang sudah berumah tangga akan naik berat badan kerana mengecap kebahagiaan. Namun berbeza dengan pelakon Juliana Evans yang mendedahkan dirinya kurus kerana terlalu bahagia.
Katanya lagi, dia berusaha untuk mendapatkan berat badannya sekarang dan mengambil masa selama beberapa tahun. Menurut Juliana, dia sangat menitik beratkan pemakanan harian dan lebih gemar memasak sendiri di rumah.
“Kalau orang lain kurus, mungkin disebabkan ada masalah atau bersedih, tetapi saya kurus kerana terlalu bahagia. Syukur, hampir dua tahun bergelar isteri, saya kini makin selesa membuat kerja rumah seperti mengemas dan memasak untuk suami setiap hari.
“Walaupun suka memasak tetapi saya tetap utamakan menjaga kesihatan iaitu mengawal pemakanan harian termasuk sentiasa bersenam.
“Apatah lagi, memang saya nak kurus seperti sekarang dengan berat badan sekitar 47 atau 48 kilogram (kg) saja. Kalau dulu, saya kelihatan agak berisi,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya mengenai zuriat, Juliana memberitahu dia dan suami sudah bersedia menimang cahaya mata. Ujarnya lagi, dia berharap tahun ini dia dan suami akan dikurniakan cahaya mata, namun menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT. -rotikaya-
“Saya Kurus Kerana Terlalu Bahagia” - Juliana Evans