,

Lebih 400 Positif Covid-19 Di 4 Depot Tahanan Imigresen


Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 466 kes positif Covid-19 di 4 depot tahanan imigresen (DTI) setakat ini.

Daripada jumlah itu, 338 kes dikesan di DTI Bukit Jalil daripada 1,545 sampel yang diambil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Ini diikuti 66 kes di DTI Semenyih daripada 1,785 sampel, 60 kes di DTI Sepang daripada 1,477 sampel, dan 2 kes di DTI Putrajaya daripada 101 sampel.




Daripada keseluruhan 4,908 sampel yang diambil, sebanyak 1,175 menunggu keputusan.

Pecahan kes positif Covid-19 dalam kalangan warga asing di DTI adalah seperti berikut:
123 kes warga India
108 kes warga Bangladesh
76 kes warga Indonesia
66 kes warga Myanmar
45 kes warga Pakistan
18 kes warga China
7 kes warga Sri Lanka
5 kes warga Nepal
4 kes warga Kemboja
3 kes warga Filipina
2 kes warga Mesir
1 kes masing-masing daripada negara Laos, Nigeria, Libya, dan Syria
4 kes masih dalam tindakan kemas kini dat

Sumber : freemalaysiatoday