,

Harris Alif Hadiahkan Intan Ladyana Jambangan Bunga Daripada Sempena Birthday Ke-38


Aktres Intan Ladyana menerima jambangan bunga sempena sambutan hari lahir ke-38 daripada kekasih hatinya, penyanyi remaja Harris Alif.

Intan memuat naik foto jambangan bunga kiriman Harris, 21, di laman Instagram miliknya.

"Terima kasih," tulis Intan ringkas bersama emoji berbentuk hati.




Selain itu, di laman Instagram Harris, bekas juara Idola Kecil musim ketiga ini turut memuat naik foto mesra bersama Intan.


"Happy birthday my lucky charm," tulisnya di ruangan kapsyen berserta emoji senyuman.


Di ruangan komen, rata-rata peminat mengatakan yang wajah Harris dan Intan mempunyai persamaan.

Pasangan ini mula berkongsi kemesraan mereka di laman Instagram semenjak beberapa minggu lalu.


Sumber : gempak.com