Pengurusan Berjaya Tioman Resort hari ini mengumumkan pusat peranginan popular itu akan ditutup pada 15 Jun.
Katanya dalam kenyataan, penutupan itu kerana wabak Covid-19 yang memberi kesan besar pada pelancongan.
Katanya, pemberhentikan pekerja akan dijalankan, dan kakitangan akan diberi pampasan menurut perjanjian kolektif dan Akta Kerja.
Pampasan itu berjumlah lebih RM8 juta.
“Sepanjang penutupan ini, pengurusan akan melakukan pembangunan semula besar-besaran bagi menghidupkan kembali pusat peranginan yang sudah berusia 50 tahun ini.
“Kami bersimpati dengan mereka yang terkesan dengan penutupan ini.”
Sejurus pembangunan semula selesai, peluang pekerjaan baru akan dipertimbangkan bagi kakitangan yang diberhentikan.
Beberapa hotel, termasuk yang bertaraf 5 bintang, menghentikan operasi kerana Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan.
FMT sebelum ini melaporkan beberapa pemilik bangunan hotel ingin menjual hartanah mereka kerana prospek pelancongan yang terkesan.
Sumber : freemalaysiatoday