Pelbagai spekulasi dibuat oleh netizen berdasarkan kepada Instagram kedua-dua belah pihak dan merujuk kepada apa yang mereka tulis di sosial media masing-masing.
Semalam, setelah sekian lama, Shahida memuat naik sekeping gambar bersama Syukri dan seorang anak di Instagram miliknya.
Dengan kepsyen, "lengkap dah family Raudhah Arshiyah", gambar tersebut mendapat pelbagai ucapan tahniah buat mereka berdua dan nasihat buat Aliff Syukri.
"Lepas ni jangan duk menggedik dengan sajat lagi dah. Jadikan Pengajaran," komen ctnurkasih kepada Aliff Syukri.
Aliff Syukri sendiri turut meninggalkan komen "I love u sayang" dengan emoji berbentuk hati dan turut dibalas dengan emoji berbentuk hati oleh Shahida.
Menampakkan lagi ada perubahan yang ketara, Instagram Aliff Syukri turut tertulis sesuatu yang baru di profile miliknya.
"I'm back dengan nafas baru dan diri baru," seolah membayangkan dia bakal melakukan perubahan dalam kehidupannya.
Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.
Sumber : gempak.com