,

Info Terbaru Permohonan Operasi TASKA Dalam Tempoh PKPB


Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti permohonan kebenaran untuk operasi taska dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini KKM belum memberi apa-apa keputusan berhubung perkara itu.

“Kita terima permohonan daripada kilang-kilang, industri supaya pertimbangkan benar buka taska sebab jika (kakitangan) kerja, anak-anak boleh diletakkan di taska.

“Jadi KKM masih meneliti permohonan tersebut (kerana) bimbang kawalan ke atas kanak-kanak tersebut. Kalau lihat di taska sebelum Covid-19, jangkitan (penyakit) mulut dan tangan masih berlaku.




“Jadi jangkitan mudah berlaku di taska, di tempat kerja dan sebagainya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Noor Hisham berkata, KKM sedang meneliti perkara itu sebaik mungkin, melainkan taska boleh hadkan jumlah kanak-kanak seperti “one to one” atau wujud tempat khas baru boleh kita pertimbangkan.

“Kebolehkjangkitan meningkat kalau kita guna kaedah lama. Jadi KKM tengah pertimbangkan kaedah dan inovasi baru sebelum beri keputusan muktamad.

“Sebelum beri laluan buka taska, perlu pastikan keselamatan kanak-kanak terjamin,” katanya.

Sumber : freemalaysiatoday