,

(Video) Tik Tok Aliff Syukri & Sajat Dipersoal Netizen


Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dikecam sekali lagi oleh beberapa pengikut laman Instagram (IG) kerana memuat naik sebuah video bersama rakan baiknya, Nur Sajat di rumah semalam.

Menerusi rakaman yang dimuatnaik itu menunjukkan Aliff dan Sajat bersama-sama bermain Tik Tok.

"Tag kawan korang yang suka bergerak macam orang di belakangn ni.. Secara Jujurnya saya juga turut bersedih ini hanyalah sekadar video untuk hiburan tak ada kena mengena yang hidup atau yang mati," ulisnya sebagai kapsyen.









Beberapa pengikut IG telah mengecam tindakan Aliff dan Sajat yang dianggap tidak menuruti perintah kerajaan untuk kekal berada di rumah.

Selain itu, ada segelintir netizen yang berpendapat alasan 'throwback' tidak boleh digunakan untuk kali ini.

"@me_ayuuu: Si belut letrik dengan si Sajat ni bebas berjumpa ke? Tak ikut arahan PKP ke macam mana eh? Macam tak best la.. Kita beriya duduk rumah ada lagi yang jumpa kawan-kawan. Macam tu baik tak payah PKP. Apa ni belut.. Kau tunjuk contoh tak baik la. Sengal.

"@nursya78: Dato, tiktok ucapan PM ni baru je popular tak sampai 2 minggu pun... Kita PKP dah 4 minggu dah pun..Kalau video ni 'throwback' sekalipun tetap dalam fasa PKP kan... Fasa 2 pulak tu..Tolong la. #stayathome pleaseeee.

"@fatin.vs.food: Sape yang tak duduk rumah ni?? Boleh pulak jalan-jalan jumpa. Tak payah la nak menipu kata gambar 'throwback' bagai. Sah-sah lagu tiktok PM tu release time PKP. Ni la orang-orang yang suka langgar arahan sesuka hati pastu menyusahkan orang!!

"@qh._.s: Acah 'throwback' kee macam time PKP je lah benda ni. Melawat rumah Sajat ke tu," antara komen-komen yang ditinggalkan. -gempak.com-