,

Ungkapan Permohonan Maaf Fazura Kepada Semua


Sempena bulan Ramadan, pelakon dan penyanyi Nur Fazura mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada semua.

Fazura berharap agar semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan mendapat reda dariNya.

“Bersempena sambutan bulan Ramadan yang mulia lagi barakah ini.. saya, Nur Fazura ingin mengambil kesempatan ini dengan hati yang luhur ikhlas untuk memohon ampun dan maaf jika ada tersalah bahasa, perbuatan mahupun kesilapan yang disedari dan tidak disedari.

“Doa Faz semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya dan mendapat keredhaan Allah SWT.. Amin Allahuma Amin. Salam Ramadhan Al Mubarak,” tulisnya.

Fazura berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.






Menerusi entri tersebut, Fazura memuat naik fotonya yang manis berhijab.

Entri tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata memuji imej tersebut.

“Cantiknya Fazura bertudung.

“Berserinya dia…Selamat berpuasa.

“Cantiklah bakal ibu ni,” komen antara peminatnya.

Fazura baru sahaja mengumumkan dia kini sedang hamil empat bulan.

Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah Amin pada 27 November 2017 dalam satu majlis akad nikah tertutup.




-gempak.com-