,

Tony Fernandes Baca Kitab Terjemahan Nabi Muhammad S.A.W Bagi Isi Masa Lapang PKP


Nama Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes tidak asing lagi dalam dunia usahawan dan penerbangan di Malaysia. Mempunyai perwatakan yang sangat mesra dan baik sebagai majikan membuatkan dirinya disukai ramai.

Menerusi Instagram Tony Fernandes, dia sering berkongsi foto paramugara dan pramugari yang mendapat penghargaan daripada masyarakat di samping berkongsi aktiviti hariannya. Terbaru, beliau berjaya mencuri tumpuan masyarakat kerana membaca kitab terjemahan mengenai Nabi Muhammad S.A.W.





Understand my brothers and sisters religion


Using some of my spare time to understand my brothers , sisters and their religion. Time for all of us to understand and learn and be tolerate. Amazing book. Use your time to improve yourself and learn more.

Menurut Tony, beliau menghabiskan sedikit masa lapangnya untuk memahami agama yang dianuti saudara dan saudari yang bukan seagama dengannya. Tambahnya, masa sebegini sangat sesuai untuk dirinya memahami, belajar serta bertoleransi.

Tony membaca kitab terjemahan mengenai peribadi junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Dikesempatan yang ada, beliau turut mengajak semua masyarakat untuk memperbaiki diri dan belajar banyak lagi mengenai hal yang kita tidak tahu.

Its a nice book sir!




Rata-rata netizen teruja meliha posting yang dimuat naik oleh Tony Fernandes di akaun Instagramnya itu. Mereka turut memberitahu bahawa kitab yang dibaca oleh beliau merupakan koleksi kitab yang menarik dan bagus.

Sumber: Tony Fernandes, Ohbulan