,

Tak Pasal-pasal Jadi Buruan Polis! - Polis Kenal Pasti Keluarga Bagi Tips Lepas Sekatan Jalan Raya PKP


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, memberitahu kepada media Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti sebuah keluarga yang didakwa menipu.

Keluarga tersebut menjadi tular di media sosial selepas memberi tips untuk lepaskan diri daripada sekatan jalan raya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Foto yang dimuat naik dilaman sosial itu menunjukkan dua orang dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi berada di dalam sebuah kereta dan pada ruangan kapsyennya tertulis:

“Alhamdulillah, dah selamat sampai KL bawa satu keluarga.



“Tips dia, hendak bawa anak pergi hospital, anak-anak di belakang tiada orang jaga.

Perkara tersebut mendapat perhatian Ismail Sabri dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil ringan terhadap undang-undang.

Tegas beliau, tiada siapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang jika melakukan kesalahan.

“Mengenai keluarga yang sudah kembali ke Kuala Lumpur dan memberikan tips untuk menipu polis, saya hendak memberi peringatan kepada semua, jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang lain untuk melakukan kesalahan yang sama.

“Pihak polis telah mengenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil kepada mereka.

“Tiada siapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang, lebih-lebih lagi mereka sendiri mengakui telah melakukan kesalahan.

“Jadi tolong jangan berbangga dan menganggap diri kita sebagai hero apabila melakukan kesalahan,” katanya semasa sidang media hari ini.

Selain gambar tersebut, semalam, tular sekeping lagi tangkap layar yang menunjukkan seorang lelaki berbangga melepasi sekatan jalan raya kerana isterinya bertugas di barisan hadapan.

Sumber: MalaysiaGazette