,

Sebarang Bentuk Bazar Ramadan Tidak Dibenarkan Termasuk Pandu Lalu, Tempah & Ambil!


Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan semua bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya arahan tersebut termasuk bazar Ramadan secara pandu lalu serta tempah dan ambil dan perlu dilaksanakan di seluruh negara.

Tambah Ismail Sabri, pihaknya sudah meneliti dan mendengar pandangan Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan untuk melaksanakan bazar Ramadan dengan cara itu.



“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri-menteri berkenaan pelaksanaan PKP, hari ini.

Terbaru kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengumumkan kerjasama mereka bersama Grab Malaysia untuk membentuk 'E-Bazaar'. -gempak.com-