,

Sanggup Dicaci Dihina! Jururawat Ini Halang Protes Penduduk Yang Enggan Duduk Rumah


Sesetengah penduduk Amerika Syarikat (AS) tetap dengan pendirian untuk tidak menyokong arahan kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan mereka.

Ini terbukti apabila masih ada protes jalan yang dihadiri oleh ratusan individu yang membantah perlaksanaan berkenaan.

BACA: "Kami Tak Takut & Kami Perlu Bekerja" - Ratusan Rakyat Amerika Syarikat Protes Enggan Duduk Rumah!

Terbaru, protes berkenaan telah mendapat perhatian petugas 'frontliner' untuk turun padang untuk memberi kesedaran.



Menerusi laporan nbcnews, petugas kesihatan di Colorado tampil di jalan raya untuk membanteras protes tersebut.

Apa yang mereka lakukan adalah dengan berdiri di hadapan kereta untuk menghalang peserta protes ini daripada terus memberontak.

Dengan menyarung pakaian hospital, petugas ini walaubagaimanapun telah mencetus kemarahan dalam kalangan peserta protes berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik, terdapat juga segelintir individu yang memaki hamun petugas frontliner ini.

Menurut mereka, negara AS bukan bersifat komunis dan semua mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk terus keluar dari rumah.

Anda boleh lihat video tersebut.

Difahamkan, protes tersebut telah berlangsung selama hampir empat jam. -gempak.com-