,

Salah Ker Saya Nak Check? Ingatkan Saya Dapat - Aliff Syukri


Semalam, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk apabila memuat naik keputusan semakan Bantuan Prithatin Nasional (BPN). Lebih mengundang kemarahan netizen apabila usahawan itu meluahkan rasa sedih kerana permohonannya itu gagal.

Rata-rata netizen menyelar sikap usahawan itu sudah kaya raya tapi masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan. Netizen berkata sudah tentu bantuan itu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.






BACA: Tak Layak Dapat Bantuan BPN, Aliff Syukri Seru Kerajaan Boleh Mengurangkan Cukai Untuknya?


Bagaimanapun, Aliff berkata tindakannya membuat semakan itu hanya sekadar mahu mencuba nasib sama ada dia layak atau tidak menerima bantuan daripada kerajaan itu. Malah, usahawan itu berkata dia menyangkakan dia akan dapat bantuan tersebut tetapi tertulis tidak layak.

“Tak salah nak check kan? Ingatkan saya dapat. Jadi saya pun cuba nasib dengan menyemak kelayakan dalam talian. Kalau dapat saya terima tapi sudah tertulis tak layak jadi saya akur.

“Cuma orang luar yang berlebihan menggembar-gemburkan perkara ini,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Aliff Syukri meluahkan dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan juga turut terkesan. Aliff berkata jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus dan semua perniagannnya ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff berkata dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19. -rotikaya.com-