Menurut Aliff, jualan perniagaannya jatuh merudum sebanyak 90 peratus akibat penularan wabak Covid-19.
"Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan. Saja nak semak.
"Saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai Usahawan Industri IKS juga turut merasai... Rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan.
"Dan ketika wabak ini berlaku jualan saya jatuh merudum nak dapat sale jatuh 90 peratus. Hampir semua bisnes tutup..
"Saya amat sedih dalam keadaan ini dan berharap rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan untuk mempercepatkan proses penyakit Covid-19 ini..
"Apa pun terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang membeli produk saya walaupun tak banyak tapi sedikit," tulisnya.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Aliff berkongsi dengan memuat naik paparan skrin keputusan yang diterima itu.
Dalam pada itu, Aliff berharap agar pihak kerajaan mengurangkan bayaran cukai terhadap perniaga sepertinya yang turut terjejas ketika ini.
"Saya berharap kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk orang macam saya IKS yang lain untuk meringankan beban kami," tulisnya lagi.
-gempak.com-