,

Runner Hantar Makanan Meninggal Kemalangan Sehari Sebelum Ramadhan Adalah Sepupu Eira Syazira


Sepupu kepada pelakon Eira Syazira yang bekerja sebagai penghantar makanan meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada Khamis.

Berkongsi perasaan duka atas pemergian ahli keluarganya itu kata Eira, sepupunya yang bernama Muhammad Fakrulrozi meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mohon saudara-saudaraku, sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Muhammad Fakrulrozi.

"Arwah ketika itu dalam perjalanan menghantar makanan ke rumah customer. Meninggal dunia di tempat kejadian ketika bekerja. Allahu Akbar!!!

"Pergi di usia muda 21 tahun. Hidup ini singkat," tulis Eira di akaun Instagramnya pada Jumaat.










Terdahulu, abang mangsa, Al Hakiem Fauzi berkongsi khabar terbabit menerusi Facebooknya.

"Adik kesayangan kami telah menghembuskan nafas terakhir tengah hari semalam sehari sebelum Ramadan.

"Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Jasin, Melaka semasa menghantar pesanan pelanggan.

"Sama-sama doakan arwah adik saya ditempatkan dalam kalagan hambaNya yang beriman," tulisnya.


Bersimpati dengan nasib yang menimpa frontliner muda itu, warganet membanjiri entri Eira berkongsi ucapan takziah dan doa buat Fakrulrozi.

Al-fatihah.

-gempak.com-