,

Puteri Aishah Nampak Sihat, Dia Sempat Kirim Foto – Pengurus


Pengurus kepada Puteri Aishah, Iman Tang pada malam Rabu sempat berkongsi perkembangan terkini pelakon tersebut.

Iman ketika dihubungi Gempak berkata, Puteri nampak sihat dan dia sempat mengirimkan foto ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

“Syukur, Puteri nampak sihat. Dia sempat kirim foto petang tadi dan bagitahu yang dia sudah di dalam perjalanan ke Sungai Buloh.

“Sama-sama kita doakan Puteri selamat dan semua urusan dia dipermudahkan,” katanya.

BACA: Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19






Katanya Puteri Aishah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada petang Rabu untuk rawatan selanjutnya.

Ketika ditanya apa yang menyebabkan Puteri Aishah menjalani saringan COVID-19, Iman berkata pelakon tersebut berbuat demikian selepas dimaklumkan jurukamera yang menjalani penggambaran bersamanya di Inverness, Scotland positif wabak tersebut.

“Sabtu lepas Puteri terus ke sebuah pusat perubatan swasta di Cheras lepas dimaklumkan mengenai jurukamera tersebut, dan petang Selasa keputusan keluar.

“Puteri telah disahkan positif COVID-19. Saya tak banyak bertanya selepas itu kerana terkejut dan risaukan keadaan dia.

“Cuma selepas pulang dari Scotland pada 31 Mac lalu, Puteri tidak menunjukkan sebarang simptom malah, menjalani kehidupan yang aktif seperti biasa.

“Dia bersenam dan berdisiplin dengan pengambilan vitamin setiap hari untuk memastikan antibodinya kuat sepanjang menjalani proses kuarantin di rumah,” katanya.

Terdahulu, Iman mendedahkan Puteri Aishah disahkan positif wabak Covid-19 di akaun Instagram miliknya. -gempak.com-