,

Pakai Telekung Tapi Berseluar Pendek, Ramai Netizen Puji Anak Ozlynn dan Johan


Pelakon Ozlynn Wati mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto anak-anaknya yang comel mengenakan telekung solat.

Menerusi laman sosial Instagram, Ozlynn memohon agar wargamaya tidak menjadi hakim atau penilai terhadap apa sahaja yang mereka lihat.

Apa yang mencuit hati adalah foto anaknya, Cantiq dan Moleiq yang mengenakan telekung menutupi kepala tetapi berseluar pendek menampakkan kakinya.

“Nampak comelkan? Tapi percayalah kadang apa yang kita nampak tak sama seperti apa yang kita sangka. Jadi yang terbaik jangan jadi hakim atau penilai. Relaks dan tenang-tenang je sebab tukang catit dah ada di bahu masing-masing.





“Aku bagi contoh paling senang, gambar ni, jangan slide. Sebab macam tu lah dia. Hmm, degil korang ni. Apa lopong?” tulis Ozlynn sebagai kapsyen.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ozlynn.

Namun, ramai juga yang terhibur dengan aksi Moleiq yang berseluar pendek namun tetap mengenakan telekung.

“Seksinya dua-dua ni! Tapi comel,” puji seorang wargamaya.

“Comelnya! Biar pi la kain kemana pun janji boleh ambil gambar passport macam ni,” kata seorang wargamaya.

“Hahaha kain dah hilang! Tapi takpa tetap comel,” komen seorang wargamaya.

“Slide demi slide aku buka. Bukan apa, comel sangat depa berdua ni. Lagi-lagi yang telekung putih tu, rasa nak gigit pipi!” ujar seorang wargamaya lagi.-gempak.com-