,

Aliff Syukri Dedah Surat Tuntutan Cerai, Muat Naik Status Sedih


Kemelut rumah tangga usahawan kosmeti, Datuk Seri Aliff Syukri kembali hangat diperkatakan apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Aliff yang dihubungi Harian Metro enggan mengulas mengenai perkara itu dan hanya membalas mesej pertanyaan wartawan dengan emoji sedih sekaligus membuatkan perkara itu terus menjadi persoalan.






BACA: Datin Shahida Fail Cerai Terhadap Aliff Syukri?






Malah, Aliff juga dilihat sering memuat naik status kecewa dan sedih sekaligus menguatkan lagi dakwaan rumah tangganya kini dilanda badai.



Menurut sumber terdekat usahawan itu, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aliff juga dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.

Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian dan difahamkan pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.


SUMBER
HARIAN METRO