Joe memaklumkan perkara itu di akaun Instagram miliknya menerusi ruangan Insta Story semalam.
Menurut Joe, dia memilih untuk mengutamakan keselamatan pekerja dan juga pelanggannya.
“Semua outlet @joes47500 tidak akan beroperasi dalam tempoh PKP ini walaupun diberikan kelonggaran untuk beroperasi.
“Ini adalah untuk keselamatan pelanggan dan pekerja kami. Terima kasih atas sokongan dan jumpa lagi!” tulisnya.
Untuk info, Joe telah membuka kedai gunting rambut tersebut sejak tahun 2014.-gempak.com-