Pakaian tersebut disarung Herman setiap kali menjalankan tugas untuk mengunting rambut para pelanggannya.
Untuk mengubah suai pakaian tersebut, Herman menggunakan plastik untuk melindungi tubuhnya manakala penutup mata dan kepala yang ada telah dimodifikasikan.
Menyerupai baju Hazmat, Herman juga turut memakai kasut but hingga ke bawah aras lutut sewaktu memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.
Dalam pada itu, Herman juga memberitahu tujuan mengenakan PPE adalah untuk menghormati dan menghargai petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani wabak pandemik itu.
“Tujuan lainnya adalah sebagai tanda penghargaan kepada petugas perubatan. Ternyata baju ini sangat panas, apatah lagi apabila mereka yang harus pakai selama 12 jam tanpa makan dan minum,” ujarnya.
Herman juga turut mengajak masyarakat supaya mendoakan kesejahteraan petugas perubatan yang sedang berdepan saat mencabar akibat penularan COVID-19.
Foto: indozone / liputan