,

Syifa Melvin Dikecam Hina Penduduk Rumah Setinggan, PPRT


Nampaknya minggu ini hangat diperkatakan mengenai pelakon Syifa Melvin yang didakwa menjadi punca prestasi pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merudum.

Belum lagi reda dengan isu tersebut, Syifa terus dihimpit kontroversi panas lagi apabila didakwa menghina penduduk rumah setinggan dan PPRT. Tular satu video dimana adik kepada Syatilla Melvin itu sedang mempromosikan koleksi turban.

Namun apa yang menimbulkan kemarahan ramai apabila Syifa mengatakan sesiapa sahaja yang memakai turban tersebut secara automatik akan nampak mewah dan mahal meskipun duduk di rumah setinggan dan PPRT.


Seperti sudah dijangka kenyataan Syifat itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan kata-kata pelakon itu sangat biadap dan seolah merendahkan golongan tidak berkemampuan.

Malah, ramai yang mengatakan kenyataan Syifa itu sangat bongkak. Tidak kurang juga ada yang mengatakan ramai sahaja yang berjaya berasal dari rumah setinggan dan tidak perlulah sampai menghina.