2020, Malaysia
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai berita dimana seorang usahawan kosmetik disyaki memukul anak angkatnya. Susulan itu, netizen mengaitkan nama Datuk Seri Aliff Syukri serta anak angkatnya, Ameena.
Terbaru, BH Online melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya telah menahan Aliff bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera anak angkatnya semalam.
Bagaimanapun, Aliff sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.
“Tangkapan dibuat ke atas Datuk Aliff, semalam. Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Dalam pada itu, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil saksi yang ada kaitan dengan kes berkenaan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Semalam dalam satu kenyataan, polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Aliff, Sabtu lalu.
Menerusi laporan polis yang diterima pada jam 3.55 petang itu, pengadu memaklumkan Aliff mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti.
SUMBER
BH ONLINE
Aliff Syukri Kini Dibebaskan Dengan Jaminan Polis