,

Elfira Loy Belum Sedia Kehilangan Orang Tersayang


Pemergian beberapa rakan selebriti sejak kebelakangan ini ternyata memberi kesan buat rakan-rakan artis yang lain termasuk Elfira Loy yang bersimpat dengan nasib balu Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari.

Menurut Elfira, melihatkan ujian yang dihadapi oleh BCL dia juga memikirkan bagaimana jika perkara itu terjadi padanya. Ujarnya lagi, dia belum bersedia untuk menerima ujian seperti yang dihadapi BCL itu.

“Selepas kematian Ashraf, saya selalu memikirkan ujian yang dihadapi BCL, saya fikir macam mana jika saya yang harus lalui perkara itu.

“Setakat ini, dalam kehidupan saya, semua orang tersayang masih ada, jadi saya belum rasa kedukaan berhadapan kematian insan yang dekat dengan saya.

“Saya doakan yang terbaik untuk BCL, saya juga harap agar perkara itu tidak berlaku kepada saya sekarang kerana belum sedia untuk menghadapinya,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, pelakon Aeril Zafrel turut membayangkan situasi yang dihadapi anak dan isterinya, Wawa Zainal jika dia pergi meninggalkan dunia dahulu suatu hari nanti. -rotikaya-