,

Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Dalam Tidur


Takziah buat keluarga pelakon Yana Samsudin di atas pemergian adik lelakinya, Allahyarham Muhammad Fahmi Harith yang meninggal dunia dalam tidur petang semalam.

Berita sedih itu dikongsikan Yana melalui laman Instagram miliknya malam tadi. Yana turut meluahkan kesedihan kehilangan adiknya yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung 37 hari yang lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Lebih hiba, Yana memberitahu bahawa mereka semua merancang untuk balik ke kampung halaman mereka di Yong Peng, Johor untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran.



“Rupanya hari ini, kehilangan adik..Ya Allah, macam mana hendak ada kekuatan diri. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik dan baru jadi ayah 37 hari.

“Dik, beritahu Nana yang hendak balik Yong Peng minggu ini sebab mahu sambut hari jadi sekali? Rupanya betul akak bawa engkau balik… Sekejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, emak, abah dan semua ya?

“Dik, kakak halalkan segalanya dunia akhirat. Dik, engkau seorang yang memudahkan urusan orang lain. Ada masalah diam, tiada masalah pun diam,” tulisnya.

Menerusi perkongsiannya itu, Yana turut berada sedih kerana adiknya meninggal dunia seorang diri di rumah dan tidak sempat meninggalkan pesan.

Dalam pada itu, Yana turut memohon sesiapa yang mengenali arwah agar mengampunkan segala dosa serta menghalalkan makan dan minumnya adiknya.

SUMBER
BH ONLINE