2020, Malaysia
Pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, 33, dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni pada pukul 9.59 pagi.
Memetik laporan MStar, Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, menerima sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM800 serta wang hantaran dirahsiakan.
Menurut Tasha, dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.
“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu.
“Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang... inilah cinta sejati! Suami pun nak cepat halalkan hubungan,” katanya.
Pelakon ini turut memberitahu akan menetap di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di sana.
Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan media.
Manakala, majlis resepsi dijangka akan diadakan pada petang Jumaat.
Terdahulu, Tasha dan Atiq mengikat tali pertunangan setelah dua bulan berkenalan pada Ahad lalu.
Sumber: mStar
Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri Selepas 5 Hari Bertunang