,

Selena Gomez Lancar Jenama Kosmetik Sendiri



Penyanyi Selena Gomez bakal melancarkan jenama kosmetik miliknya yang dikenali sebagai Rare Beauty.

Menerusi laman sosial Instagram, Selena, 27, berkongsi teaser jenama kosmetiknya untuk tatapan umum.

“Guys, saya sedang bekerja untuk projek khas selama dua tahun dan kini dengan rasminya Rare Beauty akan dilancarkan di butik Sephora di Amerika Utara,” tulis Selena menerusi ruangan kapsyen.


Memetik laporan Elle, Selena turut memaklumkan jenamanya ini bukan sahaja mewakili kosmetik tetapi bakal merangkumi setiap aspek gaya hidup.

“Saya mahu lelaki dan wanita merasa selesa. Rare Beauty dijadikan untuk anda nikmatinya, ia sangat istimewa. Kita tidak diciptakan untuk menjadi orang lain, kita diciptakan untuk menjadi diri sendiri,” kata Selena kepada Elle.

Jenama ini akan dijual di butik Sephora dan peminat boleh mendapatkan rangkaian kosmetik ini di butik kecantikan seluruh dunia itu bermula tahun depan. -credit to gempak-