2020, Malaysia
KUALA LUMPUR: Demi memastikan kebajikan ibu yang kurang sihat tidak terabai, penyampai radio, Radin Amir Effendi, 30, sanggup menangguhkan hasrat untuk berkahwin.
Biarpun kini sedang mengenali hati budi wanita bernama Azlina Idris, 29, yang juga pramugari syarikat penerbangan asing tetapi ia tidak membuatkan Radin terburu-buru untuk disatukan.
“Setakat ini, kami belum memilih tarikh. Lagipun, saya dan kekasih sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Jika diikutkan saya mahu terus bernikah, tidak perlu majlis merisik dan bertunang. Bagaimanapun, teman wanita adalah anak bongsu, jadi saya perlu menghormati keluarganya.
“Insya-Allah, saya akan menghantar rombongan merisik dan bertunang secara adat jika tiada halangan, tahun ini. Cuma, tarikh perkahwinan masih belum ditetapkan kerana saya perlu memikirkan kondisi ibu yang tidak sihat,” katanya kepada BH Online.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, ibunya yang berusia 66 tahun sudah beberapa tahun menderita penyakit paru-paru berair
dan bergantung kepada tong oksigen.
“Kondisi kesihatan ibu semakin merosot membuatkannya sedikit manja. Ibu rapat dengan saya kerana kami tidak pernah berenggang.
“Saya juga tidak dihantar ke sekolah asrama penuh kerana arwah bapa mahu saya menjaga mereka. Bagaimanapun, saya jarang bersama ibu, apatah lagi menjaganya di Ipoh, Perak sejak bekerja.
“Tetapi, saya mengupah ibu saudara untuk menjaganya. Pada masa sama, abang pula tinggal berhampiran, jadi tidaklah saya bimbang keadaan ibu,” katanya.
Radin berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa berkahwin disebabkan kondisi ibunya.
“Saya mahu membahagiakan ibu terlebih dahulu. Jika boleh saya memenuhi segala keperluan walaupun tidak diminta,” kata penyampai radio Era itu.
Mengulas wanita yang berjaya menambat hatinya, Radin berkata dia tidak menghalang bakal isterinya bekerja di awan biru seandainya ditakdirkan mereka bertemu jodoh.
“Tidak, saya tidak akan menghalang kerana saya faham perasaan wanita bekerjaya, apatah lagi saya sendiri sibuk dengan kerja sebagai penyampai radio dan pengacara televisyen.
“Saya memberikan sokongan sekiranya ingin berhenti dan menjalankan perniagaan, asalkan dia gembira. Jika terus bekerja dengan syarikat penerbangan yang dia bertugas pun saya okay,” katanya yang tertarik dengan Azlina disebabkan ketegasannya. -bh-
Radin Tangguh Kahwin Pramugari Demi Ibu