,

Miley Cyrus, Liam Hemsworth Sah Bercerai Lepas Lapan Bulan Kahwin



PENYANYI Miley Cyrus dan pelakon Liam Hemsworth kini bercerai secara rasmi.

Pasangan itu mengakhiri perkahwinan selama lapan bulan itu di hadapan hakim pada Selasa dan akan berkuatkuasa 22 Februari depan.

Pada Ogos 2019, Liam telah memfailkan perceraian dengan memetik isu 'perbezaan yang tidak dapat dipertikaikan' dan telah diluluskan oleh hakim kerana mempunyai alasan yang kukuh.

Adik kepada pelakon terkenal iaitu Chris Hemsworth menggunakan khidmat peguam selebriti yang terkenal iaitu Laura Wasser untuk mewakili beliau.

Kali pertama pasangan tersebut muncul sebagai pasangan kekasih di karpet merah pada anugerah Oscars 2010 dan mereka berpisah pada September 2013.

Pasangan itu menjalinkan hubungan semula pada 2015 dan berkahwin secara rahsia pada Disember 2018.

Kali terakhir karpet merah bersama pada Mei 2019 sebelum mereka mengumumkan perpisahan mereka pada Ogos tahun lalu. -credit to mstar-