,

Dua Bulan Perkenalan, Tasha Shila Selamat Bertunang


Pelakon Tasha Shilla selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya Muhammad Atiq Idris.

Majlis pertunangan itu diadakan di Aireka Space, Empire Damansara, sebentar tadi.

Menurut Tasha, dia mula mengenali Atiq sejak dua bulan lepas di sebuah acara amal.

"Saya kenal dia dari kawan rapat saya pada 3 Disember tahun lalu. Masa itulah berputik rasa sayang dan cinta.

"Untuk majlis nikah pula dalam masa terdekat, saya akan umumkan nanti" katanya.

Pada majlis tersebut, Atiq menyerahkan cincin, tepak sirih dan beberapa hadiah lain kepada tunangnya itu.

Difahamkan, Atiq telah menghantar rombongan merisik pada 1 Februari lalu.

Sementara itu berita gembira berkenaan dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram (IG)nya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat Tasha mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

Apapun, Gempak mengucapkan tahniah kepada Tasha atas pertunangannya! -gempak.com-