,

Amyra Rosli dan Amar Baharin Dedah Wajah Anak, Ayra Aryssa

Pelakon Amyra Rosli dan suaminya aktor Amar Baharin memilih nama yang cukup cantik buat anak kedua mereka, Ayra Aryssa.

Selain nama, pasangan selebriti ini juga turut mendedahkan wajah puteri mereka buat pertama kali menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Amyra berkongsi wajah dan nama anaknya itu selepas hari ketujuh bersalin.

“Assalamualaikum everyone… I am @ayraaryssa,” tulisnya.


Dalam pada itu Amyra juga telah mewujudkan akaun Instagram buat anak keduanya dengan id @ayraaryssa.

Setakat ini, akaun @ayraaryssa mempunyai seramai 44,700 pengikut.

Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun manakal Ayra pula dilahirkan pada 1 Februari lalu. -credit to gempak-