Jutawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman membuat permohonan maaf secara terbuka berkenaan isu kontroversi di Makkah baru-baru ini.
Menurut Sajat, dia tidak mempunyai niat lain untuk ke Makkah selain belajar dan memberi fokus untuk beribadah.
“Saya minta maaf kepada semua jabatan-jabatan, mufti-mufti, ustaz, PU atau sesiapa sahaja alim ulama. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak ada tujuan apa-apa…
“Apa pun saya cakap saya dipermudahkan (ketika berada di sana). Saya minta maaf bagi pihak mak ayah saya, anak saya rakan-rakan saya, saya minta maaf sangat-sangat.
Saya tak boleh nak cakap apa lagi, lagi saya cakap nanti saya lagi dipersalahkan juga… Saya minta maaf,” ujarnya.
Sajat membuat permohonan maaf itu menerusi saluran IG TV milik rakan baiknya, jutawan kosmetik Datuk Alif Syukri hari ini.
Datuk Alif telah memuat naik video berdurasi 4.13 saat itu secara eksklusif di akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, Sajat juga mengakui dirinya merupakan seorang yang jahil tentang agama.
“Walaupun saya rakan dan sahabat datuk namun… Saya dulu memang kurang agama tentang Islam. Sebab tu bila saya pergi sana saya cuba nak dapatkan...
“Saya cuma nak belajar, nak dekatkan diri dengan Islam. Saya dah banyak mencari harta duniawi saya tak ada harta akhirat.
“Kadang-kadang bila jadi macam ni, saya terfikir apa yang mereka nak, menghukum saya sampai macam ni,” jelasnya.
Terdahulu, Sajat menimbulkan kontroversi terbaharu apabila memuat naik video dan gambar di tanah suci Makkah selepas mengerjakan umrah sambil memakai telekung. -credit to gempak-