Adik Syatilla Melvin, Syifa Melvin Sekali Lagi Tunai Umrah


Adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syifa Melvin telah berangkat ke tanah suci Mekah semalam bagi menunaikan ibadah umrah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syifa mengambil kesempatan meminta peminatnya supaya mendoakan perjalanan ke tanah suci akan dipermudahkan dan memohon maaf atas segala khilaf.

"Alhamdulillah dan Insha Allah Syifa akan menjadi tetamu Allah lagi, dah lama berdoa untuk nak pergi lagi alhamdulillah dikabulkan kali ni..

"Doakan kesihatan Syifa ya dan maafkan salah silap terkasar bahasa atau sebagainya..

"Insha Allah kita semua akan jadi tetamu-Nya kelak..

"Doakan urusan dan perjalanan Syifa ke Tanah Suci mudah," tulis Syifa.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Syifa berjalan lancar.