Bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid, Intan Liana Saleh telah berkongsi foto dirinya bersama keluarga bekas suaminya menerusi entri di Instagram (IG).
Menurut Intan walaupun hubungannya bersama Ude tidak berpanjangan, keluarga mertuanya masih menerima dan sentiasa ada untuknya.
Intan juga melahirkan rasa berterima kasih terhadap ibu mertuanya kerana memberi dirinya untuk menumpang kasih serta doa.
"Masih bersama...Alhamdulillah thank you mak, along, biras n semua la sentiasa ada untuk intan.
"Bila nak lepak sentiasa onzzz.. Masih terima diri ini untuk bersama family..
"Tq mak paham intan..intan takde mak dah..Intan cuma ada mak yang ni je untuk menumpang kasih dan doa..
"Dan tunggu mak mertua yang akan datang kalau ada jodoh lagi..hahahah (cepatsembuhmak).
"Yang mana kenal akan kenal intan macam mana..Memang suka kumpul-kumpul macam ni.
"Makan sama-sama..Rasa happy puas..Hehehe tq semua..kenangan," tulisnya.
Sementara di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji dengan tindakan Intan kerana masih mengekalkan hubungan yang baik dengan keluarga mertuanya.
Malah, terdapat segelintir netizen mendoakan hubungan kekeluargaan ini akan terus kekal ikatannya.
Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2.
Manakala, pelakon Izreen Azminda dan Ude telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2.
Manakala, pelakon Izreen Azminda dan Ude telah mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Credit to gempak.com