,

Isu Cacah Tatu, Ammar Alfian Mohon Keampunan Allah


Setiap manusia pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, termasuklah Ammar Alfian yang mengakui pernah membuat kesilapan sehingga ada pihak yang menggunakannya untuk menyebarkan fitnah demi kepentingan mereka sendiri.

Turut memuat naik fotonya ketika membuat ukiran tatu pada badannya beberapa tahun lalu, Ammar memohon keampunan dan redha dengan ujian serta takdir yang sudah ditentukan Allah.




Dalam pada itu, Ammar memberitahu apa yang berlaku sebelum ini tidak boleh diputar semula dan masa depan seseorang itu tidak bergantung pada kesilapan yang berlaku pada masa lampau.

Ammar mengakui dia bukanlah ‘role model’ yang baik untuk dicontohi namun dia menasihati pengikutnya agar menjadikan apa yang berlaku kepada dirinya sebagai satu pengajaran.

Terdahulu, tular satu video lucah didakwa mirip seorang pelakon lelaki. Susulan itu, netizen membuat spekulasi mengaitkan Ammar dengan video itu berdasarkan ukiran tatu di bahagian badan serta bentuk badan yang sasa.

Bagaimanapun, Ammar tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan bukti bahawa individu berkenaan merupakan lelaki yang dipercayai berasal dari Mexico. -rotikaya-