Mawi mendedahkan ketika itu, dia mempersoalkan hidupnya mengapa begitu kerana penerimaan daripada peminat yang menyanjungnya sangat luar biasa.
“Saya tak tahu benda apa, saya tertanya dalam diri kenapa aku menangis, kenapa hidup aku macam ini?
“Pergi mana-mana terkejut lihat sampai baju kena tarik. Ya Allah ya Tuhanku kenapa kau bagi sampai macam ini sekali Ya Allah?
Mawi mendedahkan kisah hidupnya itu di dalam segmen inspirasi bersama Mawi di Zayan.
Penyampai radio Zayan itu menceritakan perjalanan hidupnya daripada sebelum menjadi artis sehingga kini.
Dalam masa yang sama Mawi turut memberitahu mengapa dia pernah menyepi seketika.
“Saya hanya boleh beritahu ketika itu saya sakit. Saya peru duduk sahaja di rumah.
“Ada juga orang panggil buat show tapi saya terpaksa tolak,” katanya lagi.
Ikuti luahan hati serta pendedahan istimewa Mawi di dalam video temubual di Instagram Zayan.
Juara AF3 itu menjadi satu-satunya penyanyi yang disanjung dan mempunyai pengikut serta peminat yang ramai serta menjadi kegilaan ramai beberapa tahun bermula 2005.