Terdapat netizen yang mempersoalkan niat sebenar Intan mengerjakan ibadah umrah itu apabila dia memuat naik gambar di sebuah lokasi di Makkah.
Tidak senang dengan komen itu, Intan menegur individu berkenaan kerana dianggap keterlaluan dan meminta mereka berfikiran positif serta membersihkan hati.
"Bergantung niat awak, saya jarang balas komen orang tapi kamu berdua dah melampau. Fikir yang baik-baik boleh kan? Hati jangan busuk sangat.
"Niat saya, saya sendiri tahu, antara saya dengan Allah, awak berdua diam sahaja dan bersihkan hati yang busuk tu!
Perkongsian Intan di laman Instagram pada Selasa.
"Dua orang ni buat saya sesak nafas sekejap. Dia boleh pertikaikan niat kita dekat sini. Eh, aku tampar sekejap lagi baru tahu! Mana laki depa (mereka) ni, ajar sikit," katanya.
Pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini membalas komen yang ditinggalkan pengikutnya itu menerusi ruangan Instastory.
Niat saya, saya sendiri tahu, antara saya dengan Allah, awak berdua diam sahaja!
INTAN NAJUWA
PELAKON
"Ada eh posing macam ni dekat Jabal Uhud. Tak tahulah niat dia apa kat sana," tulis netizen.
Pada Ahad, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, berlepas ke Kota Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga. -credit to mstar-