Malaysia
Baru-baru ini, timbul ura-ura mengatakan bahawa Datuk Seri Siti Nurhaliza akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pertengahan bulan ini. Khabar angin itu timbul apabila penyanyi nombor satu negara itu ada memuat naik foto berbasikal di kawasan sekitar empangan Semenyih beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir berkata beliau yang terlibat secara langsung dalam proses pemilihan calon tidak menemui nama Siti Nurhaliza dalam senarai tersebut.
BACA: Siti Nurhaliza Kutip RM8 Juta Dalam Masa 2 Jam
“Itu khabar angin sahaja kot, sebab saya terlibat dalam proses pemilihan calon dan nama dia (Siti) tidak timbul setakat ini dan tak tahulah kalau ada cadangan lepas ni.
“Jadi anggota Bersatu atau tidak, itu pun saya tidak pasti,” katanya.
Sebelum ini, Siti Nurhaliza terlebih dahulu menafikan dakwaan tersebut menerusi status di akaun Instagramnya dengan mengatakan bahawa beliau hanya berbasikal di kawasan tersebut dan bukan calon yang bertanding.
““30km. Dam Semenyih, Sungai Tekala. Bukan DUN Semenyih, saya bukan calon bertanding, saya cuma kayuh sahaja,” tulisnya. -rotikaya-
Siti Nurhaliza Bukan Calon Pakatan Di PRK Semenyih