Isteri kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iatu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berasa takut untuk mengambil anak angkat setelah menyerahkan kembali anak angkatnya, Qayyum kepada ibu kandungnya yang mahu mengambilnya kembali baru-baru ini.
Menurut Shahida, dia berasa kecewa dengan tindakan individu terbabit dan kejadian itu membuatkan dia berasa takut untuk mengambil anak angkat lagi kerana bimbang ada pihak yang ingin mengambil kesempatan terhadapnya.
"Saya jaga ibu Qayyum sejak dia mengandungkan Qayyum enam bulan, kemudian setelah lahir, saya jaga Qayyum hingga berumur 1 tahun 2 bulan.
"Pada mulanya, individu itu yang mula menghantar mesej keapada saya minta pertolongan untuk mengambil Qayyum sebagai anak angkat.
"Saya telah menjaganya umpama menatang minyak yang penuh, tapi tiba-tiba ibu kandungnya itu minta saya serahkan kembali anaknya.
"Selepas ini saya memang takut nak ambil anak angkat lagi, saya bimbang jika orang mengambil kesempatan ke atas saya," ujar Shahida.
Shahida berkata demikian ketika ditemubual di sambutan Family Day yang dianjurkan oleh syarikat perusahaan Aliff bersamanya iatu D’ Herbs bertempat di Langkawi yang diadakan hujung minggu lalu.
Acara ini diadakan bertujuan untuk meraikan usaha dan kejayaan lebih dari 100 orang kakitangan mereka di samping beramah mesra antara satu sama lain.
credit to gempak.com