"Saya Tahu, Sukar Untuk Penyampai Radio Tampil Dengan Single Sendiri, Tapi..." - Danial Zaini



Penyampai radio ERA, Danial Zaini sedia maklum dengan kesan dan akibat apabila dia tampil dengan single solo sendiri.

Menurut Danial, dia tidak meletakkan harapan tinggi kepada lagu single solo pertamanya, Siti Bilang Cuti.

"Sebagai penyampai radio, saya akur dan tahu kemungkinan yang bakal terjadi apabila tampil dengan single sendiri.

"Mungkin stesen radio lain tak akan memutarkan lagu saya kerana tugas hakiki saya sebagai penyampai radio ERA tetapi saya berserah.

"Zaman sekarang, ramai yang mendengarkan lagu menerusi platform digital dan YouTube," kata Danial.

BACA : 
Siti Nurhaliza Kutip RM8 Juta Dalam Masa 2 Jam

Namun, kerisauan itu terpadam apabila lagu Siti Bilang Cuti mendapat sambutan yang sangat positif dari peminat.

"Syukur Alhamdulillah, lagu ini mendapat sambutan yang baik semenjak mula dilancarkan.

"Saya gembira apabila Siti Bilang Cuti mendapat perhatian positif pendengar dan semenjak mula dilancarkan di laman YouTube pada 13 Disember lalu, muzik video lagu ini sudah meraih lebih 4.6 juta tontonan," kata Danial lagi.

Bernaung di bawah Datu Entertainment, Danial turut mempunyai perancangan muncul dengan single baru selepas lagu ini mendapat reaksi baik peminat.
 


credit to gempak.com