Emma Maembong Didakwa Sudah Bernikah, Chacha Maembong Buka Mulut


Adik kepada aktres Emma Maembong, pelakon Chacha Maembong menafikan dakwaan kakaknya sudah berkahwin dengan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Dakwaan Emma bernikah dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi laporan Harian Metro, Chacha kecewa dengan tuduhan yang disifatkan sebagai tidak berasas, sekali gus membuatkan banyak pihak percaya dengan cerita terbabit.

BACA: Emma Maembong dan Syed Abdullah, Sudah Nikah?

"Saya tidak mahu komen lebih lanjut sebab bukan membabitkan saya. Kalau saya komen lebih, bimbang ia boleh mengeruhkan keadaan.

"Jika melihat perkongsian individu itu, dia pun macam tak tahu kejadian itu betul atau tidak.

"Emma dan Syed memang tak pernah kahwin. Apa yang keluar itu tak betul. Sebagai adik saya pun sakit hati," katanya.

Pada awal minggu lalu, beberapa keping foto tidak bertudung Emma bersama Syed tular dan mengundang kejian netizen. -gempak.com-