Netizen Kritik Nama Produk ‘Apam Che Ta’ Berbaur Lucah


Boleh dikatakan pelakon Rozita Che Wan antara selebriti yang berjaya dalam dunia perniagaan. Apa yang produk yang dikeluarkan pasti akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat-peminatnya.

Baru-baru ini, Che Ta baru saja melancarkan produk span bersama teman baiknya, bagaimanapun produknya itu menerima kritikan netizen yang mengatakan nama produk tersebut berbaur lucah.

Tidak mahu ambil peduli dengan segala kritikan, Che Ta menyifatkan rata-rata netizen lebih gemar melihat sesuatu dari sudut negatif dan disebabkan itu tidak maju ke hadapan. Che Ta juga menganggap kritikan netizen merupakan publisiti percuma untuk produknya itu.

“Kadang-kadang nak gelak pun ada dengan pertikaian atau perkara sensasi yang cuba dibangkitkan netizen. Tapi kalau nak fikir apa yang mereka cakap, nampaknya, sampai ke sudah kita tidak akan maju ke hadapan. Kita anggaplah mereka ini seolah memberi publisiti percuma untuk saya… Tak jadi kudis pun.

“Tapi kalau semua benda hendak dilihat daripada sudut negatif, teruklah jadinya. Cuba kita buka sikit minda dan jangan terlalu jumud. Samalah untuk produk span ini. Kalau ada yang cakap istilah ‘apam’ itu sesuatu yang lucah, saya fikir mereka sudah jauh terpesong.

“Janganlah sampai melayang jauh melihat istilah apam sebagai bayangan kepada benda lain,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Che Ta berkongsikan cerita nama ‘Apam Che Ta’ diinspirasikan dari kuih apam yang menjadi kegemarannya sejak kecil lagi. -rotikaya.com-