Sebelum ini penampilan pelakon Puteri Aishah mengundang komen tidak senang dari netizen yang menyifatkan gaun yang dipakai pelakon itu terlalu menjolok mata dan ada yang mendakwa dia sudah berubah dari imej baik yang ditonjolkan dulu.
Baru saja melangkah ke tahun 2019, nama pelakon ini sekali lagi menjadi bualan apabila memuat naik video menunjukkan hanya bahagian atas sahaja. Rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa dia seperti memakai bikini.
Bagaimanapun ada segelintir netizen memberikan nasihat kepada pelakon itu supaya menjaga nama baik keluarga dan mendoakan agar diberikan hidayah untuk menutup aurat.
Apa pun, walaupun teguran oleh peminat atau netizen agak kasar dan mengaibkan, namun apa yang dikatakan mereka itu mungkin sekadar peringatan dan tanda sayang terhadap artis kesayangan mereka. -rotikaya-