Datin Shahida Luah Rasa Kecewa Terpaksa Kembalikan Qayyum


Dalam perkongsian terbaru Datin Shahida, anak angkatnya, Qayyum sudah pun dipulangkan kepada ibu kandungnya. Dalam pada itu, Shahida meluahkan rasa terkilan terhadap netizen yang kerap membandingkan anaknya dengan Qayyum.



“Netizen yang start compare Qayyum Ameena dan Yusoff, dari start saya mengandung dah macam-macam komen keluar, dah mengandung nanti pilih kasih, lepas tu dah beranak komen pula kenapa Yusoff beranak kat hospital ni kenapa mak Qayyum dan Ameena bagi beranak kat hospital lain”

“Dah lahir compare pula majlis cukur jambul, lepas tu compare pula apa yang hadiah Yusoff dapat dengan yang Ameena Qayyum dapat, compare strollers, baju, kasut, bercuti, hari jadi semua lah selagi boleh pakai, jari-jari tu selagi tu la macam-macam menulis”

“Korang ingat mak dia tak baca ke, pastu komen pula kata Qayyum lembab la, tak sihat la, terencat la. Belum lagi isu tunjal kepala la. Jangan nak salahkan mak dia sangat sebab jari kita ligat mengutuk,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Shahida meminta netizen tidak menyalahkan ibu kandung Qayyum kerana mengambil kanak-kanak itu kembali. Shahida juga percaya perancangan Allah lebih baik buat Qayyum selepas ini.

Untuk pengetahuan, tidak lama selepas Shahida mengambil Qayyum, pasangan itu dikurniakan anak kandung, Yusoff. Sehingga hari ini, Shahida sempat menjaga Qayyum selama setahun sahaja. (rtky/w)