“Bersentuhan Dengan Lelaki, Itu Antara Saya & Tuhan” - Adira


Baru saja melancarkan muzik video terbarunya, Pujaan Hati beberapa hari lalu, penyanyi Adira Suhaimi memberitahu dia bersedia menerima kecaman netizen berhubung babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video tersebut.

Ujarnya lagi, dia sudah memaklumkan hal itu terlebih dahulu kepada suaminya, Datuk Red dan babak bersentuhan itu dilakonkan demi menjayakan jalan cerita.

“Sebelum penggambaran muzik video ini saya sudah maklumkan kepada suami dan dia tak bising. Saya tidak kisah sekiranya babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video Pujaan Hati ini dikecam netizen. Saya sudah bersedia!

“Ini bukan mencari publisiti murahan tetapi saya hanya mengikut kehendak skrip. Itu antara saya dan Tuhan.

“Sebelum shooting pun saya sedia maklum akan babak itu jadi saya tidak letakkan sebarang syarat. Babak itu untuk menampakkan jalan cerita lagi real,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Adira meluahkan rasa syukur single terbarunya itu menjadi lagu OST untuk drama bersiri popular Pujaan Hati Kanda di slot Akasia TV3 dan disukai ramai. -rotikaya.com