,

Kawasan Terbaru Dikenakan PKPD


Taman Langat Murni di Banting, Selangor dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dengan polis dan anggota tentera memasang pagar kawat duri di sekitar kawasan itu tengah malam tadi.

Sumber dari Pejabat Daerah Kuala Langat memberitahu FMT, kawasan itu dikenakan PKPD selepas lebih 20 warga asing disahkan positif Covid-19.

Satu dokumen polis yang dilihat FMT menunjukkan PKPD itu berkuat kuasa 8 malam Selasa.

Kawasan terakhir yang dikenakan PKPD sebelum ini ialah kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di Petaling Jaya pada 10 Mei lalu, selepas 26 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan peniaga dan pekerja di pasar basah itu.




Kawasan lain yang turut dikenakan PKPD sebelum itu ialah Jalan Masjid India dan Menara City One di Kuala Lumpur, serta kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang.

Ini bukan kali pertama kawasan di Hulu Langat dikenakan PKPD.

Mac lalu, PKPD dilaksanakan di 7 kampung di Sungai Lui, termasuk 2 perkampungan Orang Asli, selepas 71 kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan 274 penghuni Maahad Tahfiz AnNabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.

Sumber : freemalaysiatoday