,

Tarikh Akhir Rayuan Permohonan BPN Dan Cara Memohon


Rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan ditutup 3 hari lagi.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tarikh akhir permohonan rayuan BPN sehingga 31 Mei ini.

“Rayuan BPN boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen sokongan dengan hadir ke cawangan LHDNM atau mengemukakan e-mel ke rayuanbpn@hasil.gov.my,” katanya.




Pada 10 Mei Kementerian Kewangan melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini selepas mengambil kira aduan orang ramai yang gagal memohon atas pelbagai sebab.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perkara itu dan menjelaskan antara sebab permohonan ditolak ialah maklumat tidak lengkap atau pemohon bagi kategori bujang sebenarnya sudah merima bantuan untuk pelajar.

Permohonan juga ditolak kerana rekod menunjukkan pendapatan pemohon melebihi syarat.

Penerima BPN setakat ini berjumlah 10.6 juta orang membabitkan jumlah bayaran RM11 billion.

Sumber : freemalaysiatoday