,

Shah Rukh Khan Pernah Kahwin Tiga Kali!


Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan sebenarnya pernah tiga kali berkahwin dengan isterinya, Gauri Khan.

Di sebalik kemesraan yang ditonjolkan pasangan itu, ramai yang tidak menyangka mereka sebenarnya pernah melalui pengalaman menarik itu.

Menurut laporan PinkVilla, kali pertama pasangan itu berkahwin ketika di mahkamah bagi mengelakkan tidak berlaku masalah daripada aspek undang-undang.



Kemudiannya, pada 26 Ogos 1991, mereka melakukan majlis akad nikah disusuli pula dengan tradisi Hindu pada 25 Oktober tahun sama.

Ketika perkahwinan itu, pasangan itu masing-masing berusia 13 dan 19 tahun.


Malah, difahamkan juga dek kerana perbezaan agama, Shah Rukh terpaksa menyembunyikan status agamanya daripada pengetahuan keluarga Gauri selama lima tahun.

Hampir tiga dekad bersama, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan Khan, 22, Suhana Khan, 19, dan AbRam Khan, 6.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Sumber: PinkVilla