,

Maya Karin Dedah Hero Asal Filem Ombak Rindu Bukan Aaron Aziz


Pelakon Maya Karin mendedahkan bahawa aktor Datuk Aaron Aziz bukanlah hero asal sewaktu pembikinan filem Ombak Rindu yang diterbitkan pada 2011.

Sebaliknya, Maya, 41, berkata, watak Hariz yang dipegang Aaron ketika itu sepatutnya dijayakan oleh pelakon lain yang ketika itu terpaksa menolak.

"Small back story, hero sepatutnya pelakon lain, kemudian cancel sebab clash jadual.

"Tiba-tiba @aarondwiaziz datang dua hari sebelum penggambaran. Jadi, itulah cerita di belakang tabir Ombak Rindu," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.






Pendedahan Maya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mahu mengetahui gerangan hero asal yang sepatutnya bergandingan dengannya ketika itu.

Bagaimanapun, kata Maya, biarlah hal itu terus menjadi rahsia.

"Biarlah ia menjadi misteri," katanya yang menjawab soalan netizen di ruangan komen.

Maya berkongsi hal tersebut selepas berkongsi kenangan sedekad selepas dia menjalani penggambaran filem tersebut.

"Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 penggambaran Ombak Rindu. Penerbit Ombak Rindu hantar gambar lama ini malam tadi dan say 'hi' dari India!

"Awal-awal saya sendiri ragu-ragu terima watak Izzah tapi dia percaya saya boleh lakukan. Terima kasih Sharad kerana yakin dan beri peluang kepada saya," tulisnya yang berkongsi gambarnya bersama Sharad Sharan. -gempak.com-