,

Luahan Doktor Samhan Yang Kini Positif Covid19 Buat Netizen Sebak


Sehingga jam 7 malam semalam (Ahad), lebih 1.169 juta kes jangkitan wabak COVID-19, termasuk 63,437 kematian, dilaporkan di 190 negara dan wilayah seluruh dunia.

Di Malaysia sehingga jam 12 tengahari semalam sudah mencatat 61 kematian dengan kes keseluruhan sebanyak 3,662 seperti yang dilaporkan portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Walaupun setiap hari didedahkan dengan berita tentang virus COVID-19 masih ada segelintir yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah lebih menyedihkan apabila ada di antara pesakit tidak jujur ketika menjalani pemeriksaan di hospital sehingga menyebabkan kakitangan kesihatan turut dijangkiti.

Sabtu lalu, petugas barisan hadapan di kenali sebagai Dr Samhan telah mendedahkan dia di antara mangsa pesakit positif COVID-19 yang tidak jujur.

Dr Samhan berkata, dia kini sedang menjalani kuarantin dan tidak dibenarkan bertugas gara-gara insiden tersebut.





Semuanya bermula apabila merawat seorang pesakit tanpa mengetahui warga emas tersebut pesakit COVID-19 kerana wanita tersebut tidak berterus-terang mengenai latar belakang perubatannya.

Dr Samhan telah mengangkat wanita tersebut ke katil tanpa sebarang PPE kerana kes biasa tidak memerlukan pakaian perlindungan tersebut selain bekalan terhad.

“Antara tanggungjawab sebagai doktor dan belas kasih dari seorang anak kepada orang tua, aku angkat dia ke katil sebelum buat pemeriksaan.

Tiada batuk, tiada demam, tiada sakit tekak, tiada kontak rapat. Sememangnya untuk kes begini kami tak perlu pakai PPE. Kerana stok PPE agak terhad.

“Patutlah dari semalam aku rasa sakit tekak. Memang dah rasa tak sedap hati. Tiap kali ketempat kerja kerja, aku selalu berdoa moga dijauhkan dari terdedah dengan pesakit yang positif COVID-19.



“Rupanya hari ini giliran aku yang jadi mangsa,” kata Samhan yang kemudiannya memberitahu dirinya terdedah dengan COVID-19 kepada isteri.

Dr Samhan berkata, perkara tersebut adalah risiko biasa yang dihadapai semua fronliner sepertinya setiap hari.

Menerusi perkongsian beliau di laman sosial Facebook (FB), Dr Samhan turut mendedahkan virus COVID-19 semakin sukar dijejak.

“Hampir 80 peratus pesakit tidak menunjukkan apa-apa gejala. Itu belum lagi pesakit yang sembunyikan maklumat terdedah pada COVID-19.

“Kongsikan cerita pada orang lain agar tiada lagi pesakit yang sembunyikan maklumat diri dan beri kerjasama pada petugas kesihatan kerana kami juga insan biasa yang punyai keluarga,” katanya.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 2700 komen dengan 6300 perkongsian berserta 12,000 emoji tangisan.



Sumber: Facebook Ahmad Samhan